Monday, 13 May 2013
Modal Kepercayaan
Kepercayaan rakan peniaga adalah modal utama dalam bisnes.
Apabila kita dipercayai oleh rakan-rakan peniaga kita, mereka berani memberi kita kredit barang-barang yang kita perlukan dengan tidak meminta apa-apa sebagai cagaran. Ini membolehkan kita memulakan bisnes dengan modal tunai yang kecil.
Dalam budaya bisnes orang Cina, mereka sangat mementingkan rekomendasi dari orang-orang yang mereka percayai. Pembekal Cina hanya berani memberikan bekalan secara kredit jika seseorang itu diberikan rekomendasi oleh orang-orang bisnes lain yang mereka sangat percayai.
Justeru, adalah sangat penting kita mendapatkan kepercayaan 1 orang peniaga Cina dahulu. Dia nanti akan memberikan rekomendasinya kepada peniaga Cina lain tentang akhlaq kita sebagai peniaga.
Dalam bisnes, kita mesti bayar hutang dengan berdisiplin. Itulah tiket bagi mendapatkan kepercayaan rakan-rakan peniaga.
Apabila kita berjanji, kita mesti berpegang teguh kepada janji kita. Yang paling dipentingkan oleh peniaga Cina adalah janji membayar hutang. Apabila kita berdisiplin membayar hutang barulah nanti kita dapat dipercayai oleh pembekal-pembekal Cina.
Nota tambahan:
Nabi Muhammad digelar "Al Amin" yang bermakna "Orang yang Dipercayai". Akhlaq beliau sebagai peniaga sangat tinggi.
Dalam buku "Muhammad Sebagai Seorang Pedagang" karya Profesor Afzalurrahman, edisi terjemahan Indonesia, terbitan Yayasan Swarna Bhumy, 1997. Judul asalnya "Muhammad as a Trader" ada maklumat yang sangat menarik tentang akhlaq beliau.
Abdullah bin Abdul Hamzah melaporkan, katanya, "Saya pernah membeli barang daripada Muhammad, iaitu sebelum beliau menjadi nabi. Disebabkan urusan saya dengan beliau belum selesai, maka saya berjanji akan menghantarkan barang kepadanya, tetapi kemudian saya terlupa. Tiga hari kemudian baru saya teringat, lalu saya pun pergi ke tempat yang dijanjikan, dan saya dapati beliau masih berada di situ menunggu saya. Dia berkata kepada saya, 'Tuan membuat saya resah. Sudah tiga hari saya menunggu tuan di sini.'" - Peristiwa ini direkodkan oleh pakar hadith yang bernama Abu Daud.
-AInon Hj Mohd- Sekolah Bisnes
Peribadi Kita adalah Modal Utama Bisnes Paling Berharga
Jikalau tuan sedang memikir-mikir mahu terjun ke dalam dunia bisnes, salah satu persediaan yang sangat penting adalah menjadikan diri kita sendiri sebagai modal paling utama perniagaan kita.
Kita ikut strategi Nabi Muhammad berniaga.
Syarat (i) kita mesti mempunyai sifat sidiq, yakni sentiasa berkata benar, tidak akan pernah berdusta dan menipu, kerana sifat ini akan membuat orang percaya kepada kita, lalu mereka suka berbisnes dengan kita, pelanggan pun suka menyerahkan wang mereka kepada kita.
Syarat (ii) kita mesti berpegang teguh kepada prinsip amanah. Apabila kita amanah, barulah pemodal (bank, individu) berani memberi kita wang bagi memodali bisnes kita sebab mereka yakin wang mereka selamat dan kita akan bayar hutang mereka, satu sen pun tidak berkurang.
Syarat (iii) kita mesti buat kerja-kerja tabligh, iaitu kita menyampaikan ilmu bisnes yang kita miliki kepada orang-orang lain, yakni kita akan tolong bisnes orang lain supaya maju.
Syarat (iv) kita mesti membangunkan sifat fatonah (kepintaran, bakat, aptitud, skill) dalam diri kita, yakni kita sentiasa mempelajari ilmu-ilmu yang meningkatkan kepintaran kita menjalankan bisnes, biarpun itu bermakna kita harus belajar daripada tukang penyapu kita sendiri....
-Ainon Hj Mohd- Sekolah Bisnes
Sunday, 14 April 2013
Bank Rakyat- Eksekutif Kontrak dan Kerani Kontrak- jawatan/kerjaya
| Closing Date:02-05-13
|
|
Saturday, 2 March 2013
Jawatan Kosong Kerajaan- Pegawai Penjara Gred KX17 dan Pembantu Perangkaan E17
Jawatan Kosong Kerajaan- Pegawai Penjara Gred KX17 dan Pembantu Perangkaan E17
Di antara jawatan yang ditawarkan adalah:
- Pegawai Penjara Gred KX17 ( Jabatan Penjara Malaysia)- 265 kekosongan
- Pembantu Perangkaan Gred E17 (Jabatan Perangkaan Malaysia- 6 kekosongan
Maklumat lanjut berkaitan tugas: sila layari www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_tugas
Jawatan Kosong Kerajaan- Pembantu Veterinar G17 dan Pembantu Pendaftaran KP17
Di antara jawatan yang ditawarkan adalah:
- Pembantu Veterinar Gred G17 ( Jabatan Perkhidmatan Veterinar)- 35 kekosongan
- Pembantu Pendaftaran Gred Kp17 (Jabtan Pendaftaran Negara- 7 kekosongan
Maklumat lanjut berkaitan tugas: sila layari www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_tugas
Subscribe to:
Posts (Atom)

