1. Sentiasa
amalkan sikap ingin belajar
Setiap
peristiwa dalam hidup memberi peluang kepada kita untuk mempelajari sesuatu
yang baru atau mengukuhkan perkara yang telah kita ketahui. Dalam setiap
keadaan, sama ada yang menyenangkan atau kurang menyenangkan, ada sesuatu yang
dapat kita pelajari. Semua ini mengayakan diri kita dengan pengalaman untuk
menjalani kualiti kehidupan yang lebih baik.
- Hadapi segala cabaran dalam hidup
tanpa menyalahgunakan alkohol, dadah dan perangsang yang lain.
Kecuali
untuk tujuan perubatan, penggunaan `sokongan palsu' semua di atas perlu
dielakkan. hadapi segala-galanya dengan minda positif dan perkuatkan diri.
Selagi bahan-bahan tersebut digunakan, selagi itulah kita tidak belajar menjadi
positif.
- Sedari bahawa kapasiti mental
adalah begitu besar dan di luar imaginasi kita.
berhenti
meletakkan halangan kepada kapasiti minda dan kapasiti diri sendiri. Tidak ada
sebarang perkara pun yang mustahil selagi kita benarkan diri kita
menghadapinya. beri matlamat kepada diri untuk mencapai sesuatu dan berikan
tempoh perkara tersebut mahu dicapai. Tumpukan segala perhatian dan anda
sendiri akan hairan dan kagum dengan keputusannya.
- Sentiasa bercakap dengan diri
sendiri secara positif.
Kita
seringkali sibuk bercakap dengan orang lain sehinggakan lupa bercakap dengan
diri sendiri. perbualan diri bukan untuk mengeluh tentang nasib malang atau
kecelakaan yang menimpa diri tetapi dijuruskan kepada perbualan positif. Ajak
diri sendiri menuju kejayaan. Berilah semangat kepada diri sendiri. Anggapkan
segala perkara negatif sebagai halangan sementara yang dapat diatasi untuk
mengecapi kejayaan.
- Sentiasa bersikap menerajui diri
tentang kesihatan diri.
Ramai
yang amat teliti dengan barang-barang kepunyaan mereka dan mereka sentiasa
berhati-hati menjaga supaya barang0-barang tersebut digunakan dengan baik dan
tidak rosak. Malangnya, perhatian yang serius tidak diberikan kepada `barang'
kepunyaan yang paling berharga iaitu badan sendiri. Sayangilah diri sendiri
dengan memastikan kesihatan diri sentiasa terpelihara.
Lakukan
aktiviti fizikal seperti senaman dan kawal pemakanan untuk memastikan
kesejahteraan diri.
- Sentiasa menimba ilmu.
Ilmu
ialah kuasa. seseorang yang menerajui diri mempunyai ilmu pengetahuan yang luas
bukan sahaja tentang kerjayanya, malah fenomena yang berlaku di sekelilingnya.
Sikap rajin membaca dan ingin tahu akan membantu kita menimba ilmu yang banyak.
- Tuliskan perkara-perkara yang
mahu dicapai dan letakkan di tempat-tempat yang strategik.
Ini
akan mengingatkan diri secara positif untuk mencapai perkara yang diingini itu,
setiap kali membacanya. mesej daripada penglihatan akan dihantar ke otak dan
pengulangan perkara ini akan terekod di dalam minda. Otak akan sendiri menjana
cara untuk mencapai perkara tersebut.
- Biasakan diri mendengar dan
menonton perkara yang membawa perasaan menerajui diri.
Menonton
filem-filem yang ceria dan mendengar muzik yang menyeronokkan akan membantu
diri berehat sambil mengukuhkan perasaan menerajui diri. Amalan menonton
cerita-cerita seram dan menakutkan, cerita-ceria sedih, lagu-lagu sedih atau
melankolik secara berlebihan akan membawa pemikiran ke arah membatasi diri.
- Biasakan diri lebih memuji dan
elakkan mengutuk.
Sentiasa
pamerkan sikap mesra dengan orang lain dan juga diri sendiri. Elakkan
mengkritik orang secara negatif kerana ini menjadi amalan negatif minda.
Pujilah orang lain dan berilah pandangan yang positif dengan cara yang positif.
kelemahan seseorang yang diberitahu kepadanya dengan cara halus dan teliti akan
membolehkan orang tersebut menerimanya dengan hati terbuka dan berterima kasih.
- Terimalah segala pujian daripada
orang lain dengan ucapan terima kasih.
Elakkan
daripada terlalu merendah diri keran pelakuan ini jelas kepurapuraan dan
negatif. Menerima pujian dengan ucapan terima kasih merupakan satu langkah
menjauhkan orang lain yang memberi pujian kepada kita secara sinis untuk tujuan
negatif. Terimalah pujian secara positif dan jangan pula bersikap angkuh dan
merendahkan diri orang yang memuji kita.
No comments:
Post a Comment