nuffnang adv

Monday, 13 October 2014

CV vs Resume: Apa Yang Anda Perlu Tahu? Pencari Kerja Harus Baca

CV vs Resume

Pernahkah anda terfikir, apakah jenis dokumen yang perlu digunakan untuk permohonan kerja? Antara curriculum vitae (CV) dan resume, yang manakah lebih sesuai digunakan untuk pasaran kerja di Malaysia? Memang benar kedua-dua dokumen ini merupakan dokumen yang mengandungi senarai maklumat paling relevan mengenai seseorang yang digunakan dalam pencarian kerja. Namun begitu, istilah CV dan resume ini secara umumnya diguna pakai secara bertukar ganti, dan tidak ramai yang mengetahui bahawa kedua-dua dokumen ini banyak perbezaannya.
Artikel ini ditulis dengan tujuan untuk menghuraikan dengan lebih lanjut perbezaan antara CV dan resume serta dokumen yang lebih sesuai digunakan untuk pasaran kerja di Malaysia. Diharapkan dengan penulisan artikel ini, segala persoalan dan kekeliruan anda tentang penggunaan CV dan resume untuk permohonan kerja akan terjawab.
Umumnya, terdapat beberapa perbezaan asas mengenai kedua-dua dokumen ini. CV merupakan dokumen dengan maklumat lengkap dan berstruktur tentang pengalaman profesional dan kelayakan seseorang, manakala resume ialah dokumen yang sama tetapi dalam format yang sangat ringkas. Inilah sebab mengapa CV biasanya mengandungi dua hingga empat muka surat manakala resume biasanya tidak melebihi satu muka surat.
CV merupakan dokumen yang paling diterima pakai untuk permohonan kerja di kebanyakan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Anda akan menemui beberapa perbezaan dari segi susunan dan penyampaian CV dari satu negara ke negara yang lain. Walau bagaimanapun, isi kandungannya tetap sama pada dasarnya. Resume pula merupakan dokumen yang paling diterima pakai untuk permohonan kerja di Amerika Syarikat dan Kanada.

CV
Ciri-ciri utama CV disenaraikan secara ringkas di bawah:
– CV yang ideal hanya mengandungi dua muka surat, walaupun ia boleh menjangkau sehingga empat muka surat
– CV menyenaraikan semua pengalaman profesional serta pencapaian terkini individu terbabit sebelum CV dihantar kepada majikan yang berpotensi dan ditulis dalam susunan kronologi terbalik (iaitu pencapaian terkini ditulis terlebih dahulu)
– CV merangkumi segala yang telah dilakukan oleh individu terbabit sama ada dibayar atau tidak dibayar; oleh itu, CV boleh mengandungi segala pembabitan dalam aktiviti berbentuk sukarelawan
– CV adalah sangat sistematik dan biasanya disediakan dalam susunan tertentu bergantung sama ada individu terbabit merupakan graduan yang baru tamat belajar atau telah mempunyai pengalaman kerja
– CV biasanya disertakan dengan cover letter (surat pengiring).  Cover letter ini bertujuan meringkaskan kandungan dalam CV dan kesesuaian individu terbabit dengan kerja yang dipohon

Resume
Ciri-ciri utama resume disenaraikan secara ringkas di bawah:
– Resume sepatutnya tidak melebihi satu muka surat, tetapi ia boleh menjangkau sehingga dua muka surat dalam keadaan tertentu
– Resume ialah dokumen ringkas yang menonjolkan kemahiran dan pencapaian utama individu terbabit
– Resume hanya mengandungi maklumat yang berkaitan dengan kerja yang dipohon dan kesemua maklumat tersebut terkandung dalam satu muka surat sahaja
– Resume menyerlahkan kemahiran dan pencapaian individu terbabit sebagai maklumat utama yang perlu ada selain maklumat-maklumat lain yang relevan
– Resume biasanya tidak disertakan dengan cover letter kerana sebab utama anda menyerahkan resume adalah untuk mempercepatkan proses permohonan anda; cover letter akan melambatkan proses tersebut

Perbezaan CV dan resume secara ringkas:
CV – panjang (2 muka surat), mengandungi semua maklumat pengalaman profesional yang terkini & format susunan kronologi terbalik
Resume – pendek (1 muka surat), hanya mengandungi maklumat yang disesuaikan dengan kerja yang dipohon & tiada format tertentu

Akhir sekali, seperti yang dinyatakan di atas, CV dengan panjang 2 muka surat amat sesuai digunakan untuk permohonan kerja di Malaysia manakala resume lebih sesuai digunakan di Amerika Syarikat dan Kanada. Diharapkan penulisan artikel ini dapat meningkatkan pemahaman anda tentang perbezaan antara CV dan resume serta penggunaannya dalam permohonan kerja anda.
@http://thevocket.com/

Monday, 1 September 2014

Jawatan Kosong Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia 2014

MPIB


LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
IKLAN JAWATAN KOSONG
 
 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut :-
 
BIL
JAWATAN
GRED
KEKOSONGAN
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN
TARAF JAWATAN &PENEMPATAN
TANGGAGAJI
Gaji MinimumGaji Maksimum
1)JURUTERAJ411
PERKHIDMATAN
KEJURUTERAAN
TETAP
(IBU PEJABAT, LPNM)
RM
2,360.00
RM
8,743.00
2)PEGAWAI EHWAL EKONOMIE415
PERKHIDMATAN
EKONOMI
TETAP
(SELURUH MALAYSIA)
RM
1,914.00
RM
8,649.00
3)PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMIE273
PERKHIDMATAN
EKONOMI
TETAP
(SELURUH MALAYSIA)
RM
1,362.00
RM
5,092.00
4)PENOLONG PEGAWAI SAINSC271PERKHIDMATAN SAINS
TETAP
(IBU PEJABAT, LPNM)
RM
1,374.00
RM
5116.00
5)PEMBANTU EHWAL EKONOMIE176PERKHIDMATAN EKONOMITETAP
(SELURUH MALAYSIA)
RM
929.00
RM
3,377.00
6)PEMBANTU TADBIR (P/O)N173PERKHIDMATAN PENTADBIRANTETAP
(SELURUH MALAYSIA)
RM
928.00
RM
3,375.00
7)PEMBANTU MAKMALC171PERKHIDMATAN SAINSTETAP
(IBU PEJABAT, LPNM)
RM
933.00
RM
3,380.00
8)PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)W171PERKHIDMATAN KEWANGANTETAP
(SARAWAK)
RM
929.00
RM
3,377.00
9)PEMANDU KENDERAANH111PERKHIDMATAN KEMAHIRAN
KONTRAK
(IBU PEJABAT, LPNM)
RM
837.00
RM
2,169.00
 
CARA PERMOHONAN
1)Bagi pemohon yang berkelayakan, komited dan berdedikasi dipelawa untuk berkhidmat di LPNM bagi mengisi jawatan kosong yang tersebut. Borang permohonan dan syarat-syarat lantikan boleh dimuat turun melalui laman web LPNMHTTP://WWW.MPIB.GOV.MY
  
2)Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat.
  
3)1 borang hanya untuk 1 jawatan sahaja. Sila gunakan borang berasingan sekiranya memohon lebih dari 1 jawatan.
  
4)Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam , Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini,  Laporan Penilaian Prestasi tiga tahun terkini berturut-turut, slip gaji terkini serta surat kebenaran dan sokongan.
  
5)Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.
  
6)Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap permohonan TIDAK BERJAYA. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh LPNM.
  
7)Borang permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dan disusun mengikut turutan seperti berikut :
 
  1. Salinan Sijil Kelahiran
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Salinan Lesen Memandu
  4. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  5. Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip lengkap – Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR
  6. Surat sokongan/kebenaran
  7. Sijil-sijil penghargaan (mengikut tahun terkini)
  8. Sijil-sijil penyertaan (mengikut tahun terkini)
  
8)Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat dibawah sebelum atau pada 15 September 2014 (Isnin) ;
 
Ketua Pengarah,
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
Wisma Nanas,
No. 5, Jalan Padi Mahsuri,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
JOHOR DARUL TAKZIM.
(U/p : Bahagian Khidmat Pengurusan – Unit Perjawatan)

Monday, 18 August 2014

JAWATAN KOSONG PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU (PMINT) 2014


Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu dengan ini akan mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia Kerakyatan Negeri Terengganu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) iaitu:

Jawatan Kosong Ogos 2014

1.JURUTERA AWAM GRED J41
2.PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED JA29
3.PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29
4.PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
5.PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17
6.PEMBANTU AWAM GRED H11
Tarikh tutup permohonan : 4 September, 2014 (Khamis)
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui sesawang sahaja.
Klik --> Permohonan Jawatan Kosong
Bagi calon-calon yang berminat boleh membuat permohonan menggunakan laman sesawang secara online yang disediakan.
  1. Permohonan hendaklah mengemukakan permohonan melalui laman web PMINT
  2. Pemohon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
  3. Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga jawatan di atas ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
  4. Keutamaan akan diberi kepada calon yang aktif dalam kegiatan masyarakat dan sukan.
  5. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap TIDAK BERJAYA.

Tuesday, 8 July 2014

Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Terengganu



Kerajaan Negeri Terengganu menawarkan JAWATAN KOSONG kepada rakyat Negeri TERENGGANU bagi jawatan berikut:

1. JURUTERA (kontrak)
Gred : J41

Syarat lantikan:
-Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
-Keutamaan kepada mereka yang mempunyai pengalaman dalam bidang projek bekalan air

2. PEMBANTU PENGUATKUASA (kontrak)
Gred: N17

Syarat lantikan :
SPM
Bekas anggota polis dan tentera yang mempunyai rekod yang baik akan diberi keutamaan

Cara-cara memohon:

Sertakan bersama:
-sijil kelahiran atau kad pengenalan
-Kelulusan pelajaran
-Lesen memandu kelas D (Pembantu penguatkuasa)
-lain-lain sijil berkaitan

Permohonan hendaklah dibuat secara BERTULIS bersama RESUME dan di hantar kepada:

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 8, Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu

Tarikh tutup permohonan: 3 OGOS 2014

facebook like


Like Facebook


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...