nuffnang adv

Saturday 29 March 2014

Jawatan Kosong di TATIUC Kemaman



KOLEJ UNIVERSITI TATI (TATIUC) menawarkan perjawatan seperti berikut:

1. Penolong Pendaftar (gred TP41)
-Bahasa Inggeris
-Kejuruteraan Awam
-Pemasaran
-Sumber Manusia
-Pengaturcaraan

2. Penolong Eksekutif (TP27)
-Ukur Bahan
-Syariah Islamiah
-Landskap

Boleh dapatkan borang di Pejabat Pendaftar atau www.tatiuc.edu.my

dan hendaklah dihantar sebelum 14 APRIL 2014

ke

REaktor
TATIUC,
Kampus TATIUC,Teluk Kalong,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8601000

Monday 24 March 2014

Jawatan Kosong Pusat Kutipan Zakat Pahang




IKLAN JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa kepada rakyat Pahang/warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan seperti berikut : -

Jawatan 1 : Pembantu Pegawai Zakat ( Lelaki ) (1 kekosongan ) Jawatan 2 : Pembantu Tadbir ( Lelaki ) (3 kekosongan ) 
Gaji Minima Jawatan 1 & 2 : RM1,000.00 
Kelayakan : SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat :-

i) Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan);
ii) Kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
iii) Lulus Matematik atau Akaun.

Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki sijil Sekolah Agama dan mempunyai pengetahuan mengenai penggunaan komputer.

Jawatan 3 : Pemandu Kenderaan ( Lelaki ) ( 3 kekosongan )Gaji Minima : RM900.00 
Kelayakan : Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan mendapat :-

i) Kepujian dalam Bahasa Melayu
ii) Kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam;
iii) Memiliki lesen memandu kelas D.
iv) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan.


Bagi semua jawatan 
Taraf perkhidmatan : Kontrak
Umur : Antara 18 tahun hingga 30 tahun

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang boleh didapati di pejabat PKZ Pahang yang berhampiran atau dicetak dari laman web www.zakatpahang.my berserta salinan-salinan sijil yang disahkan, sekeping gambar berukuran pasport dan sertakan no.telefon rumah/pejabat/bimbit ke alamat :-
Pengurus Besar Kanan
Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang
No.111A, Tingkat 1, Bangunan MUIP
Jalan Mahkota
25000 Kuantan
 Permohonan hendaklah sampai ke alamat di atas selewat-lewatnya pada 11 April 2014.

MAKLUMAT LANJUT PERMOHONAN DAN BORANG KLIK SINI


Pembiayaan Pengajian Sarjana Melalui MYBRAIN15




MyMaster

MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Program ini merupakan feeder kepada MyPhD. Objektif MyMaster adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara. Ianya sekaligus dapat membangun dan mengekalkan modal insan serta menjayakan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi.

SYARAT

1. Warganegara Malaysia.
2. Tiada had umur.
3. Pemohon mestilah:
  • Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap; atau
  • Kakitangan swasta; atau
  • Pensyarah IPTS.; atau
  • Kakitangan kerajaan/badan berkanun/IPTA (kontrak/sambilan/sementara); atau
  • Pesara kerajaan/badan berkanun/IPTA
4. Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon.
5. Penjawat awam/badan berkanun/IPTA lantikan tetap tidak layak memohon.
6. Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon MyMaster.
7. Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 2.75 – 4.00 atau setara; atau
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 2.50 – 2.74 atau setara dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun.

Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Cuti Belajar Bergaji Penuh




TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)
DENGAN KEMUDAHAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH (CBBP)
UNTUK MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA DAN Ph.D
BAGI PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2014

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

Sunday 23 March 2014

Permohonan Program Perguruan





Maklumat Permohonan Calon Guru Tajaan KPM Lulusan SPM Ambilan Tahun 2014


Bermula 10 Mac hingga 30 Mac 2014


Jawatan Kosong di UTEM Melaka



Selamat Datang Ke Sistem Permohonan Jawatan On-Line Universiti Teknikal Malaysia Melaka. 
 
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Mempelawa Seluruh Warga Malaysia  Yang Berkelayakan  Dan Berumur Tidak Kurang Dari 18 Tahun  Untuk Mengisi Kekosongan Jawatan Bagi Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Serta Kumpulan Pelaksana Di Universiti Ini.
 
KAEDAH PERMOHONAN:
 

    1. Semua Permohonan Jawatan Bukan Akademik WAJIB Menggunakan Sistem Permohonan Jawatan Secara Online Dengan Melayari LAMAN WEB UTeM Dan Klik Di Quick Links – Job Vacancies Dan Seterusnya Pada Iklan Perjawatan Bukan Akademik Untuk Mengisi Borang Permohonan Online Yang Disediakan Mulai 24 Mac 2014 – 18 April 2014; 
    2. Pemohon-Pemohon Yang Tidak Menggunakan Permohonan Jawatan Secara Online Tidak Akan Dipertimbangkan;
    3. Syarat-Syarat Lantikan Boleh Didapati Melalui Laman Web UTeM Seperti Di Atas Dengan Klik Pada Gred Jawatan Yang Hendak Dipohon Di Borang Permohonan Jawatan Online.
    4. Calon Dinasihatkan Untuk Membaca Arahan Pengisian Semasa Mengisi Borang Permohonan Jawatan Online. Kegagalan Mengisi Borang Dengan Lengkap Boleh Menyebabkan Permohonan Calon Ditolak.
    5. Hanya Calon-Calon Yang Layak Selepas Tapisan Sahaja Akan Dipanggil Untuk Menjalani Ujian Saringan Atau Temuduga.
    6. Pemohon-Pemohon Yang Tidak Menerima Sebarang Jawapan Dalam Tempoh Satu (1) Tahun Dari Tarikh Tutup Iklan, Hendaklah Dianggap Tidak Berjaya.
    7. Tarikh Tutup Permohonan Melalui Sistem Permohonan Jawatan SecaraOnline Mestilah Tidak Lewat Dari 18 April 2014.

         
 
TARAF JAWATAN: Tetap / Kontrak
 
PERTANYAAN:
Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi Talian  06- 331 6138/ 331 6022 (Unit Perjawatan Pentadbiran)
 
PERHATIAN:

Pegawai Yang Sedang Berkhidmat Dalam Perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun Atau Pihak Berkuasa Tempatan Dikehendaki Membuat Permohonan Secara Online Dan Perlu Melalui Ketua Jabatan Masing-Masing.
 
Calon Yang Berjaya Terpilih Ke Temu Duga Dikehendaki Membawa Bersama:

    
 1.
Perakuan Bertulis Daripada Ketua Jabatan Yang Menyatakan Sama Ada Menyokong / Tidak Menyokong Permohonan Pegawai Berkenaan.
Muat Turun
    
 2.Kenyataan Perkhidmatan Yang Telah Dikemaskini 
    
 3.Laporan Pengisytiharan Harta 
    
 4.Laporan Penilaian Prestasi Yang Terkini (3 Tahun Kebelakang) 
    
 5.Kenyataan Bebas Dari Sebarang Tindakan Tatatertib.

KLIK SINI UNTUK MEMOHON

facebook like


Like Facebook


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...