nuffnang adv

Wednesday 28 May 2014

Jawatan Kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia



Calon-calon adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Jurufoto, Gred B17 di Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
Jawatan: Jurufoto
Gred: B17
Taraf: Pekerja Sambilan Harian
Tempat bekerja: Unit Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya
Syarat-syarat kelayakan memohon:
- Warganegara Malaysia.
- Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan lancar.
- Sekurang-kurangnya memiliki SPM dan sijil dalam bidang fotografi dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Pengalaman bekerja bukan satu kemestian. Walaubagaimana pun, Calon-calon yang mempunyai pengalaman digalakkan memohon.
Kriteria lain yang diperlukan:
- Boleh bekerja dengan pengawasan minima.
- Boleh bekerja dalam pasukan.
- Boleh bekerja lebih masa dan di luar kawasan termasuk pada hari Sabtu dan Ahad
- Boleh mengunakan kamera Nikon/ Canon ( Calon-calon digalakkan mempunyai kamera dan membawa kamera sendiri jika disenarai pendek untuk temuduga)
- Mahir menggunakan perisian suntingan seperti Adobe Photoshope, Illustrator, InDesign serta lain-lain instrument suntingan imej.
- Sila sertakan salinan 'artwork' bersama permohonan melalui email, format "artwork" boleh dihantar menggunakan format JPEG, GIf, PNG
Calon-calon yang menepati kriteria dan berminat, boleh menghantar resume ke alamat email berikut: azyyatina@moh.gov.my sebelum jam 12:00 tengahari, 29 Mei 2014(Khamis)
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Azyyatina di talian 03-8883 3496.
Resume juga boleh dihantar terus ke alamat berikut:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 4, Blok E7, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Malaysia

facebook like


Like Facebook


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...