nuffnang adv

Monday, 24 March 2014

Pembiayaan Pengajian Sarjana Melalui MYBRAIN15




MyMaster

MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Program ini merupakan feeder kepada MyPhD. Objektif MyMaster adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara. Ianya sekaligus dapat membangun dan mengekalkan modal insan serta menjayakan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi.

SYARAT

1. Warganegara Malaysia.
2. Tiada had umur.
3. Pemohon mestilah:
  • Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap; atau
  • Kakitangan swasta; atau
  • Pensyarah IPTS.; atau
  • Kakitangan kerajaan/badan berkanun/IPTA (kontrak/sambilan/sementara); atau
  • Pesara kerajaan/badan berkanun/IPTA
4. Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon.
5. Penjawat awam/badan berkanun/IPTA lantikan tetap tidak layak memohon.
6. Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon MyMaster.
7. Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 2.75 – 4.00 atau setara; atau
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 2.50 – 2.74 atau setara dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun.

No comments:

Post a Comment

facebook like


Like Facebook


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...