nuffnang adv

Wednesday 28 November 2012

Permohonan Jawatan di UMT Terengganu dibuka secara talian online


Halaman permohonan jawatan secara online, UMT


MAKLUMAN PENTING, SILA AMBIL PERHATIAN! 

Untuk memohon Jawatan di halaman ini, anda perlu ;

1) Mendaftar pengguna, selesai mendaftar, sistem akan menghantar emel pengesahan kepada anda.

2) Sila login ke emel anda untuk mengesahkan/mengaktifkan pendaftaran anda.

3) Setelah pengesahan, anda boleh mula mengisi borang online.

4) Terdapat dua (2) maklumat yang perlu diisi iaitu, i) Maklumat peribadi(biodata) ii) Maklumat Jawatan yang di pohon.

5) Semasa mengisi Biodata, atau semasa mengubah maklumat di ruangan
Biodata, pastikan anda menekan butang "[Hantar Biodata]" di tab terakhir iaitu di tab "Pengakuan", jika tidak, sebarang perubahan atau pengisian maklumat biodata anda tidak akan disimpan. 
 
Terima kasih kerana mengunjungi halaman web ini.

Permohonan untuk aplikasi online ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :


• Kumpulan Pengurusan & Profesional (Akademik)
• Kumpulan Pengurusan & Profesional (Bukan Akademik)
• Kumpulan Sokongan


Syarat Permohonan: 


1. TARAF JAWATAN
Semua jawatan akan dilantik secara TETAP. Walau bagaimanapun, UMT berhak melantik mana-mana jawatan secara Kontrak/Sementara/Sambilan.

2. UMUR
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.


Panduan Permohonan: 


1. Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem ini.

2. Pemohon perlu mendaftar sebelum mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem ini
3. Pemohon yang pernah membuat permohonan melalui iklan-iklan yang lalu dinasihatkan untuk mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.
4. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
5. Untuk jawatan bukan akademik, calon-calon tidak perlu mengemukakan sebarang salinan dokumen kepada kami selepas mengisi secara ONLINE. Pihak kami akan menghubungi calon-calon yang disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja untuk tindakan selanjutnya.
6. Untuk jawatan akademik, selepas mengisi secara online, calon perlu mengemukakandua (2) Laporan Pengadil bagi setiap permohonan dan ia perlu dihantar bersama-sama dengan cetakan maklumat secara online dan salinan dokumen-dokumen berikut yang telahdisahkan benar :-.
(a) Kad Pengenalan/Pasport;
(b) Sijil-sijil Akademik (SPM/Sarjana Muda/Sarjana/PhD) termasuk transkrip penuh peperiksaan;
(c) Surat pengiktirafan JPA (sekiranya memiliki ijazah dari luar negara atau institusi pengajian swasta)
(d) Sijil-sijil Ko-Kurikulum;
(e) Salinan Rekod Perkhidmatan yang terkini (Penjawat Awam);
(f) Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini (Penjawat Awam);
(g) Testimonial/Pengesahan Kerja daripada Majikan (Swasta);
(h) Salinan slip gaji terakhir;
(i) Biodata lengkap (CV) yang mengandungi senarai aktiviti pengajaran, penyelidikan, contoh-contoh penerbitan dan perundingan.
7. Sila nyatakan jawatan yang dimohon dan fakulti dipenjuru kiri muka hadapan sampul surat dan kemukakan semua dokumen tersebut (untuk jawatan akademik sahaja) kepada alamat Pejabat Pendaftar UMT seperti alamat tertera di bawah.




Tarikh Tutup Permohonan: 

Tarikh tutup permohonan untuk jawatan-jawatan bukan akademik ialah pada
Untuk jawatan akademik pula, ia dibuka sepanjang tahun.

Selamat memohon!



Alamat Pejabat Pendaftar, UMT: 

PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
ARAS 1, BANGUNAN CANSELERI DAN PENTADBIRAN
21030 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
(u.p. SEKSYEN PERJAWATAN)

Sila hubungi Seksyen Perjawatan di alamat e-mel perjawatan@umt.edu.my untuk keterangan lanjut.

UNTUK MEMOHON SILA KLIK DI SINI


No comments:

Post a Comment

facebook like


Like Facebook


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...