nuffnang adv

Showing posts with label graduan. Show all posts
Showing posts with label graduan. Show all posts

Friday, 4 July 2014

Temuduga terbuka Lembaga Tabung Haji untuk para graduan..di bawah Skim Latihan 1Malaysia



Lembaga Tabung Haji akan mengadakan temuduga terbuka utk pengambilan program Skim Latihan 1Malaysia.

 Bermula jam 8 pagi hingga 2 petang

●Ibu pejabat TH, Jalan Tun Razak,KL-7 Julai 2014

●TH Hotel Alor Setar - 10 Julai 2014

●TH Hotel Kuala Terengganu -14 Julai 2014

●TH Negeri Johor - 17 Julai 2014

Syarat: 

▪beragama Islam

▪Belum mendapat pekerjaan selepas 6 bulan graduate atau graduan yg bekerja tetapi tidak setaraf dgn kelulusan

▪Sekurang-kurangnya memiliki ijazah Sarjana Muda dgn minimaCGPA 2.5 ke atas

▪Menguasai Fardhu Ain dan boleh baca Al Quran dengan baik.
▪Belum pernah mengikuti mana-mana program

Pelatih akan menjalani latihan di TH selama setahun dgn elaun latihan sebanyak RM1500 sebulan serta perlindungan takaful sepanjang tempoh latihan.

Pastikan anda membawa sijil-sijil berkaitan bagi menghadiri temuduga

SELAMAT BERJAYA

Monday, 18 February 2013

Skim Latihan Siswazah KWSP


Skim Latihan Siswazah
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA mempelawa graduan yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten untuk menjadi Pelatih bagi Skim Latihan Siswazah seperti berikut:
  1. TEMPOH LATIHAN
    Tempoh latihan adalah selama 12 bulan.
     
  2. ELAUN & KEMUDAHAN
    -
    Pelatih akan dibayar elaun sebanyak RM 750.00 setiap bulan.
    -
    Perlindungan perubatan sebagai pesakit luar di klinik panel dan hospital kerajaan.
     
  3. SYARAT KELAYAKAN
    -
    Masih belum mempunyai pekerjaan tidak lebih dari 12 bulan selepas graduasi dan tidak pernah mengikuti program Skim Latihan yang dianjurkan oleh mana-mana Badan Kerajaan atau organisasi lain.
    -
    Keutamaan adalah kepada calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Rekabentuk Multimedia, Grafik, Teknologi Maklumat (Multimedia), Sains Komputer atau mana-mana bidang lain yang berkaitan serta mempunyai kemahiran dalam reka bentuk grafik, susun atur dan visualisasi menggunakan Photoshop, Illustrator, Flash, Flash Action Script 2.0, HTML, XML, Camtasia CSS, Java Script.
     
  4. SKOP LATIHAN
    Membantu Pereka Kreatif, Pereka Multimedia dan Pembangun Kandungan dalam perancangan, pembangunan dan reka bentuk pengeluaran kandungan e-Pembelajaran dan bahan pengajaran melalui media digital menggunakan maklumat animasi, teks, gambar, video dan bunyi.
     
  5. CARA MEMOHON
    Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan menghantar resume, salinan Ijazah Sarjana Muda beserta transkrip lengkap, salinan sijil-sijil akademik, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran dan sekeping gambar berukuran pasport pada atau sebelum 15 MAC 2013 ke alamat e-mel berikut :
     
    skimlatihansiswazah@gmail.com
Hanya pemohon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi. Permohonan calon adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas dari KWSP 3 BULAN dari tarikh iklan ditutup.
laman rasmi KWSP: www.kwsp.gov.my

facebook like


Like Facebook


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...