nuffnang adv

Showing posts with label kementerian pendidikan malaysia. Show all posts
Showing posts with label kementerian pendidikan malaysia. Show all posts

Saturday, 17 May 2014

IKLAN JAWATAN KOSONG PAKAR DAN PAKAR KANAN DI SEAMEO RECSAM

Kementerian Pelajaran Malaysia

HEBAHAN: IKLAN JAWATAN KOSONG PAKAR DAN PAKAR KANAN DI SEAMEO RECSAM, PULAU PINANG UNTUK DIISI SECARA PEMINJAMAN

Untuk maklumat lanjut perjawatan KLIK SINI

IKLAN KEKOSONGAN PENSYARAH KOLEJ MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Kementerian Pelajaran Malaysia

Permohonan di pelawa kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk berkhidmat sebagai Pensyarah Kolej Matrikulasi.

SYARAT-SYARAT:
1. PPP (Guru atau pegawai di bawah KPM ) Gred DG 44 sahaja
2. Telah mengajar subjek pengkhususan 3 tahun berturut
3. Prestasi (LNPT) melebihi 85 %  bagi 3 tahun berturut-turut
4. Bebas tindakan tatatertib/SPRM/pinjaman tegar
5. Diperakui oleh Ketua Jabatan/Sekolah

SUBJEK PENGKHUSUSAN BAGI KOLEJ MATRIKULASI:
Kimia
Fizik
Biologi
Matematik
B.Inggeris
Ekonomi
Perakaunan
Pengurusan Perniagaan
Kokurikulum ( Kekosongan KM Labuan Sahaja)

Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua kepada
Pengarah Bahagian Matrikulasi, KPM Aras 6-7, Blok E 15, Kompleks Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 Mei 2014.

Bagi maklumat lanjut perjawatan SILA KLIK DI SINI

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN JURULATIH SENI GRED 29 – 44 (JAWATAN TERBUKA) SECARA PERTUKARAN SEMENTARA DI SEKOLAH SENI MALAYSIA UNTUK TAHUN 2014


Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon daripada Pegawai Perkhidmatan Awam atau warganegara Malaysia bukan penjawat perkhidmatan awam yang berkelayakan, berpotensi dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengisi jawatan Jurulatih Seni Gred 29 – 44 (Jawatan Terbuka)Secara Pertukaran Sementara di Sekolah Seni Malaysia.

Untuk maklumat lanjut perjawatan sila KLIK DI SINI

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KAUNSELOR DI KPM 2014

Kementerian Pelajaran Malaysia

KEPADA WARGA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA YANG SEDANG BERKHIDMAT ADALAH DIMAKLUMKAN TERDAPAT KEKOSONGAN JAWATAN KAUNSELOR/PEGAWAI KAUNSELING GRED 44, 41 (TERBUKA) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
SILA MUAT TURUN LAMPIRAN DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 23 MEI 2014.
SEKIAN TERIMA KASIH.

Maklumat lanjut perjawatan sila KLIK DI SINI

Monday, 24 March 2014

Pembiayaan Pengajian Sarjana Melalui MYBRAIN15




MyMaster

MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Program ini merupakan feeder kepada MyPhD. Objektif MyMaster adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara. Ianya sekaligus dapat membangun dan mengekalkan modal insan serta menjayakan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi.

SYARAT

1. Warganegara Malaysia.
2. Tiada had umur.
3. Pemohon mestilah:
  • Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap; atau
  • Kakitangan swasta; atau
  • Pensyarah IPTS.; atau
  • Kakitangan kerajaan/badan berkanun/IPTA (kontrak/sambilan/sementara); atau
  • Pesara kerajaan/badan berkanun/IPTA
4. Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon.
5. Penjawat awam/badan berkanun/IPTA lantikan tetap tidak layak memohon.
6. Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon MyMaster.
7. Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 2.75 – 4.00 atau setara; atau
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 2.50 – 2.74 atau setara dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun.

Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Cuti Belajar Bergaji Penuh




TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)
DENGAN KEMUDAHAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH (CBBP)
UNTUK MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA DAN Ph.D
BAGI PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2014

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

Sunday, 23 March 2014

facebook like


Like Facebook


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...