nuffnang adv

Showing posts with label pusat kutipan zakat pahang. Show all posts
Showing posts with label pusat kutipan zakat pahang. Show all posts

Monday, 24 March 2014

Jawatan Kosong Pusat Kutipan Zakat Pahang




IKLAN JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa kepada rakyat Pahang/warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan seperti berikut : -

Jawatan 1 : Pembantu Pegawai Zakat ( Lelaki ) (1 kekosongan ) Jawatan 2 : Pembantu Tadbir ( Lelaki ) (3 kekosongan ) 
Gaji Minima Jawatan 1 & 2 : RM1,000.00 
Kelayakan : SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat :-

i) Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan);
ii) Kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
iii) Lulus Matematik atau Akaun.

Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki sijil Sekolah Agama dan mempunyai pengetahuan mengenai penggunaan komputer.

Jawatan 3 : Pemandu Kenderaan ( Lelaki ) ( 3 kekosongan )Gaji Minima : RM900.00 
Kelayakan : Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan mendapat :-

i) Kepujian dalam Bahasa Melayu
ii) Kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam;
iii) Memiliki lesen memandu kelas D.
iv) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan.


Bagi semua jawatan 
Taraf perkhidmatan : Kontrak
Umur : Antara 18 tahun hingga 30 tahun

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang boleh didapati di pejabat PKZ Pahang yang berhampiran atau dicetak dari laman web www.zakatpahang.my berserta salinan-salinan sijil yang disahkan, sekeping gambar berukuran pasport dan sertakan no.telefon rumah/pejabat/bimbit ke alamat :-
Pengurus Besar Kanan
Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang
No.111A, Tingkat 1, Bangunan MUIP
Jalan Mahkota
25000 Kuantan
 Permohonan hendaklah sampai ke alamat di atas selewat-lewatnya pada 11 April 2014.

MAKLUMAT LANJUT PERMOHONAN DAN BORANG KLIK SINI


facebook like


Like Facebook


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...