nuffnang adv

Tuesday 16 December 2014

Karnival ‘Jom Cari Kerja’ Tawar 2,500 Jawatan Kosong

jawatan kosong2

Sebanyak 2,500 jawatan kosong ditawarkan sempena Karnival ‘Jom Cari Kerja’ di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak 20 Disember ini.
Karnival yang memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan pekerjaan melibatkan kira-kira 40 majikan daripada pelbagai bidang dan syarikat seluruh negara itu, anjuran bersama Pusat JobMalaysia (JMC) Terengganu dan Jabatan Tenaga Kerja Terengganu.
Pengurus JMC Terengganu, Rosli Zakaria dalam laporan Bernama berkata karnival yang bermula 9 pagi hingga 9 malam itu, bukan sahaja dibuka kepada golongan mencari kerja, tetapi kepada mereka yang sudah mempunyai pekerjaan untuk meningkatkan kerjaya.
“Kita sasarkan kira-kira 2,500 kekosongan jawatan ditawarkan dan kita menjangkakan lebih 7,000 individu akan hadir ke karnival itu. Mereka yang datang perlu berpakaian kemas serta membawa bersama resume serta dokumen berkaitan,” katanya semalam.
Beliau berkata karnival tersebut bukan sahaja menawarkan peluang kerjaya, malah orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling mengenai kerjaya.
Antara majikan yang dijangka hadir ialah Perhentian Island Resorts Sdn Bhd, Grolier (Malaysia) Sdn Bhd, Gambang Resorts City, TTI Management Sdn Bhd, Nankai Nikkei Sdn Bhd serta Pertima Terengganu Sdn Bhd manakala untuk agensi pula, antaranya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP).
teganu kita

No comments:

Post a Comment

facebook like


Like Facebook


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...