nuffnang adv

Tuesday 9 December 2014

Menjadi Seorang PEMBERI



Saya amat tertarik dengan buku MUKMIN PROFESIONAL karangan Ustaz Fahrol Mohd Juoi yang antaranya.. di antara karakter untuk menjadi MUKMIN yang Profesional adalah jadilah seorang PEMBERI.

Sungguh dalam sekali maksudnya. Mula-mula kita dibawa mengenali sifat Allah swt iaitu AL WAHHAB.. yang bermaksud YANG AMAT MEMBERI.. Allah sentiasa memberi nikmat dan rahmat tanpa syarat... samada kita kufur atau kita syukur.. IA tetap MEMBERI..

JUnjungan kita Muhammad SAW adalah seorang yang PEMBERI.. yang rela berkorban nyawa dan raga demi memberi hidayat dan petunjuk kepada ummat  manusia agar mendapat keredhaan ALLAH swt. Baginda sentiasa MEMBERI contoh yang baik untuk diikuti, malah harta Baginda sentiasa diberi kepada yang memerlukan. Sungguh hebat sekali akhlak baginda.

Demikian juga para sahabat baginda r.a serta para tabi' dan tabiin semuanya adalah seorang pemurah yang sentiasa membuat kebajikan, mengorbankan diri demi kebahagian orang lain. Sebagai contoh imam yang masyur Hanbali, Maliki, Hanafi dan Syafei yang mengorbankan hidup untuk menterjemahkan ilmu syariat Islam untuk petunjuk dan pencerahan ilmu umat akhir zaman di mana, hingga sekarang belum ada lagi manusia abad ini yang dapat menandingi kehebatan ilmu yang ditinggalkan. Sungguh hebat sifat PEMBERI mereka.

Bagaimana dengan kita , apa yang mampu kita BERI? Ilmu? harta?
Jika kita ada harta.. berilah atau sedeqahkan walau sedikit... jika ada ilmu sampaikan.. samada menulis atau berkongsi melalui laman sosial, sms, facebook, whatsapp atau sebarang media.. moga ia menjadi jariah kepada kita.
Paling tidak pun, jadilah pentazkirah di tempat kerja kita walaupun sekadar renungan ringkas.

MEMBERI adalah MENERIMA!

Dengan sifat memberi ini, ia adalah pembuka untuk kita MENERIMA rezeki dari Allah swt. Percayalah, lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita akan menerima...

Makin kita menjadi kedekut dan rasa sayang, ia akan menyempitkan rezeki kita..

Jom jadi PEMBERI...

No comments:

Post a Comment

facebook like


Like Facebook


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...